twitter



16 November 2013
(Kota Bharu, Kelantan)

  30 November 2013
                                                       (Masjid Wilayah Kuala Lumpur)


Alhamdulillah di beri kesempatan menjejaki ke bumi suci Makkah Al Mukarramah... May-June 2013

Bersama abah dan Dr Basit Abd Rahman a.k.a Abu Anas AlMadani

Baiklah, saya berkesempatan menziarahi Gua Hira' di Jabal Nur. Gua dimana tempat Rasulullah S.A.W menerima wahyu untuk pertama kalinya dari Allah SWT melalui Malaikat Jibrail - Rujuk Surah Al-Alaq

act masa ni tengah cari surau sebab nak solat subuh dulu sebelum mendaki...

sebelum mendaki ke Gua Hira' sempat solat subuh terlebih dahulu kat surau

                                                  Mendaki ke Gua Hira'... tinggi wooo...

nak masuk dalam tu sempit so terpaksa la menyelit nasib baik la aku ni kecik jer..

 ok dah sampai... Gua Hira' ni adalah tempat Nabi Muhammad SAW selalu menyendiri dan bermunajat kepada Allah SWT. Baginda selalu pergi ke Gua ni bagi menghindari dari masyarakat rab Jahiliyah yang pada masa tu masih belum beriman kepada Allah dan sering melakukan maksiat dan dosa-dosa besar... Haaaaa sekarang baru aku tahu betapa jauh dan beratnya perjalanan Rasulullah S.A.W mendaki gunung ini serta Isterinya Siti Khadijah yang berusaha mendaki untuk menghanar makanan dan minuman kepada suaminya.

Kemudian aku dapat lihat sendiri Jabal Tsur yang terletak di Gua Tsur - dimana tempat Rasulullah an sahabatnya Abu Bakar As Siddiq berlindung dari kaum kafir Quraisy... mereka dikejar dalam perjalanan Hijrah ke Madinah.  Waktu mereke menyorok salam gua ni, Allah telah melindungi mereka dengan sarang labah-labah dan sarang burung merpati yag ada kat pintu Gua ni. Sepanjang-panjang mereka bersembuyi... Asma iaitu anak kepada Abu Bakar bawak bekalan makanan mendaki ke gua tersebut.

Selain itu, aku jugak dapat pergi ziarah Jabar Rahmah - biasalah semua tau kan di mana tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa bertemu semula setelah mereka diturunkan ke bumi. Kat sini aku sempat gak naik atas.. pastu ramai juga orang menjual cenderahati.. waktu sampai atas tu biasa kan kita doa.. so memandangkan waktu aku pg ni aku dh bertunang so aku doa moga jodoh aku dengan tunang aku berkekalan sampai Syurga InshaAllah.. =)


dan banyak lagi persingahan ziarah aku seperti di ladang kurma

kemudian aku pg muzium dan melihat unta serta dapat minum susu unta

susu UNTA

 hmm banyak juga tempat aku ziarah.. Alhamdulillah dapat juga aku jejak kaki ke sini.. InshaAllah jika ada rezeki lagi aku nk pg ngan suami dan anak-anak.. amiinn.. =)

Sekian..




Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah rezeki 4 tahun di Hijrah dapat buat PilihanRaya.. lama dah tunggu nak buat laporan PRU ni, cuma takda peluang ja..Terima kasih bos sebab bagi kepercayaan kpd saya buat laporan PRU ni. Susah senang hanya saya dan krew ja rasa.. seronok memang la sebab dapat jumpa ramai orang.. part yang tak best sebab ni PilihanRaya kan so mcm2 karenah ada.. lumrah hidup wartawan, keluar cari bahan dengan pelbagai dugaan. nak jadi wartawan sangat kan? 

ok, PRU 13 ni aku dapat cover kat negeri sendiri oh yes balik kampung sambil buat kheja.. syok gak sbb dpt jumpa mak abah hehehehe... takdala buat keja stress ja memamnjang.. dpt tgk muka mak abah pun dh dpt release tension =)



hmm kat bawah tu semua gambar aktiviti waktu kat kelantan :




ketuk story sat.. pastu nak g kejar TPM lak nak buat PC..


ok aci tak?

Ahaha on call situasi dan tragedi sewaktu penamaan calon


ok on TV sat... gambar ni diambil oleh rakan setugas... tgh lapor pasal aktiviti ADUN Bachok..

 interview 

Media pertama yang sampai dulu kat bilik gerakan.. ada PC dato' Pa..

 part yang tak dijangka bila jumpa senior waktu bertugas.. ahaaa syokk woo =)

test..test.. standby nak cross dalam Assalamualaikum TVAlHijrah


Last day on PRU13 tepat jam 3:00 pagi selesai laporan pilihanraya.. Alhamdulillah Kelantan Kekal dengan pemerintahan Tuan Guru =)


ok bai jumpa lagi PRU 14 =D



Assalamualaikum w.b.t

Terlebih dahulu bersyukur kehadrat Illahi dengan limpah izinNya saya masih di beri kesempatan untuk  meneruskan kehidupan di bumi pinjaman Allah s.w.t ni...

Bila jari jemari mula ringan untuk menulis mencurahkan isi hati maka terhasillah penulisan ini..

25 Februari 1989 - Tarikh kelahiran bagi seorang bayi perempuan yang diberi nama NUR ZAIMAH ALI...

hari ini genap 24 tahun kehidupan sebagai seorang anak perempuan,seorang pekerja, seorang pelajar seorang hamba yang masih mencari sebuah kehidupan yang lebih sempurna keranaNya...

25 Februari 2013 - Tarikh yang akan sentiasa di ingati oleh teman-teman,sahabat handai,adik-adik, ibu dan ayah... Syukran Jazilan Ya Akhi Ya Ukti.. Ibu dan Ayah...

Hari ini saya dikejutkan dengan Surpse Party dari teman pejabat (TVALHIJRAH) Alhamdulillah terima kasih Allah kerana menghadiahkan sahabat yang baik dan sentiasa bersama  ketika susah dan senang


     credit to : Jaja Nurul Ain, EG, Shahrizan Ismail, Ika Dhirah, Ola, BunnyAmin, Fadzil, Aizat Hadi, Divesh Danial thank you sooo much!




Assalamualaikum wbt

Agak lama jugak saya tak mengemaskini belog ni... sy tau sy mmg tada pengikut setia tp pada masa sama ada yg merindui saya kan kan ecehhh! angguk je sy pejam mata (ini semua poyo) act sy tak menghilangkan diri.. masih ada di bumi bertuah ni.. cuma dh lama tak bukak belog ni.. ada pun sy bukak hanya sekadar bukak bukan nyer nak update pape pun.. letih sebenarnya nk taip (alasan semata-mata) sebab kerja yang tak menentu ditambah pula dengan buat hal sendiri tak menentu (errr apa yg cuba aku sampaikan ni) ok abaikan yer...oh ye hari ni dah 10 Feb 2013.... cuti weeknd dan ditambah pulak 2 hari CNY.. so selamat bercuti la yer.. pd yg kena keje ape boleh buat.. kerja makan gaji mcm tu laa.. nk senang jd bos huhi..
 ok la tada apa yg nk di ceritakan.. cuma nk kasi korang tgk ni antara hasil story yg aku buat dlm Majalah Islam di TVAlHijrah....bila wartawan nk jd juruterbang ok! layan kn je la.. pd yg berminat boleh la join kelas penerbangan ni.. best.. rugi tak cuba..
Selamat menonton..



ni intervw GM dia muda kacak bergaya.. hihi nama dia Ikhwan.. 
handsome org nyer..permah..

ni pulak anak2 buah dia yg tgh khusyuk 
mengajar budak2 yg menghadiri kelas penerbangan ni..


Settle! best dapat cuba jd pilot hihi wlpn crash bnyk kali ^^