twitter




Untuk ke 99 kali naik train...

Bilamana awak terlalu excited nak balik Kajang tapi awak silap naik train ke Rawang kemudian train dah sampai penghujung, baru awak sedar yang awak dah salah naik train... satu hal pulak dah nak kena beli tiket lain, berhenti KLCentral tukar train... ayoooo lepas ni nak jadi PramugaTrain la.. senang sikit.. 

Okeh saya nak balik Batu Caves..

Abg Kaunter macam biasa mmg suka cia cia kan saya...

Saya : Abg, BatuCaves 1..
Abg : Batu Caves 1 jer? Kenapa tak 2?
Saya : siapa sorang lagi kalau dua?
Abg : saya lah!

Cia cia cia 

Senyum dan berlalu pergi...




Keluar je AlHijrah, kat depan ada jual Pizza.. PizzaLicious.. kami nak pg lunch tapi nampak Pizza dulu, jadinya lepak jap depan ni.. adik tu bagitau satu slice RM2.50.. satu kotak RM18.00.. adik tu kata kalau beli dua kotak dapat air... tapi kami kata kalau 3 kotak dapat adik tak? Chia chia chia.. mak dia gelak sambil geleng kepala... ok kami nk g lunch kat KTM... jumpa lagi..



p/s : maaf kan kakak ye dik....


Hari ni naik train lagi, untuk ke 75 kali aku naik train.. nak balik Batu Caves.. tadi abang kaunter tu tegur, awak nak balik Batu Caves ke? Bukan Segambut? 

Aku balas, "eh abang kenal ke rumah saya?" 

Dia balas, "tak..." 

Aku mencelah, "dh tu kenapa dengan Segambut?

"Segambut rumah mak saya.. Nak bawa awak jumpa mak saya..."

chiachiachia...

Fatimahhhh... tolong ummi... 



Alhamdulillah...
Begitu indah aturan Allah... dalam duk sebut-sebut nama ustaz.. sebenarnya lama sangat dah tak jumpa ustaz... hari ni
dapat juga jumpa... Allah dah atur cantik, waktu cenggini ustaz sampai.. bukan main aku mlambai tangan seakan nak tercabut dibuatnya.. punya la eksited... selalu kalau nak jumpa ustaz waktu rakaman malam je, masa tu dapat la jumpa.. Ustaz, krew ustaz yang dulu semua rindu ustaz... bila agaknya nak bowling lagi ni... 



Alhamdulillah setelah sekian lama kita tidak bertemu, hari ini dapat juga bertemu di majlis sambutan harijadi anak-anak... terima kasih zra sebab sudi jemput zaimah antara sebahagian keluarga zra... ingat juga awak kat kita ya zra... terima kasih tak terhingga sebab jamu nasi bryani kashmir... sedap! InshaAllah semoga Allah swt murahkan rezeki zra dan faizan sekeluarga. Syukur tak terhingga, zra antara sahabat baik yang Allah hadiahkan pada saya.. seorang yang sentiasa positif.. rindu kenangan di meja berita sewaktu ketika dahulu.. terima kasih Allah hadiahkan sahabat seperti ini..

*Selamat Hari Kelahiran untuk Raheesh dan Shaheem semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak soleh. Ameen.






Mengakhiri setiap laporan berita dengan "Haliza Hashim, untuk TV3,London" membuatkan aku tertanya-tanya kenapa asyik dia, dia, dia je pergi London... (takda unsur cemburu di sini) theeeee ðŸ˜‚😂😂 Kebiasaanya, editor/producer akan hantar BJ secara bergilir-gilir. Rupa-rupanya memang Kak Haliza ni menetap di sana.

Kisahnya, kak haliza ni bekerja dengan TV3 beberapa tahun, kemudian dia mengambil keputusan untuk berhijrah ke England dan menyatakan hasrat untuk menjadi koresponden di England dan rezeki Kak Haliza, majikannya bersetuju dengan keputusan itu...

Hari ini, pengalaman yang diperoleh membolehkan kak Haliza merakam visual, menulis dan menyunting berita sendiri di sana.. (respect sangat dengan kak Haliza)

oh ya, kebanyakan liputan yang dibuat oleh kak Haliza ni hal-hal berkaitan Malaysia contonya lawatan rasmi kerajaan Malaysia, persidangan yang diwakili negara, isu semasa melibatkan Malaysia dan keputusan pilihan raya yang diperoleh melalui undi pos di England.

Ini antara laporan yang kak Haliza buat :
MH17,
kes pukul anak di Sweden,
Paris Attack
Terbaru kes Muhamad Aaron meninggal dunia dilanggar kereta api bawah tanah (TUBE) di Stesen Marble Arch.

Kak Haliza ni tak lokek kongsi pengalaman, dan melihat standupper yang dibuat membuatkan aku rindu nak buat berita lagi...



Ikhlas,
Zaimah Ali
Untuk TVAlHijrah di Turki ecewahhhhhh




16November2015

Bagaimana kita mengisi hari-hari indah kita sepanjang hidup bersama. Bagaimana kita saling bahagi tugas harian, siapa yang mencuci pakaian, siapa yang akan mandikan Fatimah, siapa akan mengemas bila Fatimah selerakkan atau siapa akan bangun buatkan susu Fatimah bila semua dah lelap tidur lena. Semua itu sebuah kehidupan yang saling melengkapi kita.

Kamu sangat tenang bila ada masalah.. Aku sangat kecoh bila diusik, riuhnya tidak akan hilang dalam beberapa waktu. Kamu suka bersembang mengenai bundle, cerita perang, ada juga kamu suka ingatkan aku bagaimana pentingnya mengisi hidup dengan kebaikan. Sebaliknya aku, aku bercerita tentang pakaian, barangan rumah atau novel terbaru, dan segala tentang wanita yang dari pagi hingga malam.

Kamu tegas dan panjang sabar serta selalu bertindak hati-hati. Aku? Aku paling cerewet, panjang kaki dan seringkali tergesa-gesa. Tapi kita berdua berpadu bukan? Mungkin kita selalu tak sependapat tapi kita berusaha mencari keseimbangan diantara perbezaan yang ada.

Selamat Hari Ulang Tahun Perkawinan kita yang ke-2...