twitter



8-10 Ogos 2011 Destinasi baru...

Penyiasatan bermula.. Serangan ke atas Balai Polis oleh sekumpulan ajaran sesat...
ok! sangat menarik bukan? tersangat!!! aku suka dengan kehidupan pekerjaan aku sekarang... org kata "banyak perjalanan luas pemandangan" hmm ada betul juga, kali ni aku betul2 gunakan masa sepenuhnya dengan keluar sahaja... bukan terperuk semata-mata di pejabat, bagaikan org bisu yang tidak dapat memarahi seseorang, hanya mampu berselindung disebalik raut wajah yang kurang comel =D ok la... hari ni aku masuk ofis kembali, setelah 3 hari meninggalkan meja departmen dokumentari dan majalah ni.. heeee best derrr!!! aku merantau ke negeri Johor untuk menjalani penggambaran program Misteri Alam Melayu...

MAM


Haaa mesti semua tertanya-tanya MAM tu apa??? ok MAM tu singkatan pada program yang baru je aku join hehe Misteri Alam Melayu... apa yang misteri?? haaaa sebenarnya program ini tentang Jenayah Aqidah.. mcm 999 kat tv3 juga keje siasat menyiasat ni... tp kt TVAH ni bab-bab siasat soal agama la... MAM ni dahulunya berbicara tentang khurafat... tapi atas permintaan boss dia suruh kaji dan siasat pulak tentang jenayah aqidah seperti Ajaran sesat,almaunah dsbg... waahhhh... hebak!!! aku rasa selepas tukar deparment ni, rasa kerja aku makin mencabar... seronok sangat.. ini lah masa yang aku tunggu-tunggu... ok la pape pon kalau semua nak tahu Program ini ke udara jam 10 malam setiap Khamis... so tune la 114 Astro yer... Selamat!!!=)




Pagi-pagi lagi aku ditugaskan ke Balairong Istana Negara, khabarnya ada Mesyuara Raja-raja kali ke 224 hmm... masuk je tempat ni dengan segala hormatnya aku tiba-tiba dilanda penyakit gementar tak hingat... Hihi ntah kenapa aku rasa cuak masuk dalam Istana, padahal bukan tak penah masuk. Nak jumpa bakal Mertua kot hahahahaha...Berjalan aku menuju ke Balairong Seri tetiba deretan polis bersama motor besarnya.. Mak aihhhh lagi aku cuak.. Pabila masuk saja ke dalam fuyohhhh!! Besar beb... Rasa aku cam anak raja je sbb di beri perhatian oleh semua orang yang bes nyer diberi keutamaan... Hehehe jangan jeles... Ok la sampai sini dulu la yer nnt sambung lagi... Nak pg menjalankan tugas kejap je lagi Tuanku Mizan bakal tiba.. Ok chow!


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

sebelum tu nak betulkan kesilapan maaf ya... RALAT post semalam, sebenarnya Konvensyen Wasatiyyah ni bukan di PWTC... ia diadakan di Hotel Pullman Lakeside Putrajaya anjuran Universiti Sains Islam Malaysia USIM dan Nadi Dialog Malaysia NADI.. errr main taram je aku taip semalam... eh!! jap ke aku yg kurang pendengaran masa budak intern tu bg tau tugasan semalam hmmmm???? apa-apa je la yang penting hari ini selamat menjalankan tanggungjawab aku... tepat jam 3:30 ptg semua story aku siap diketu ketampi ehh eheheh siap di edit... seronok sngt konvensyen hari ini walaupun ia diadakan seawal yang mungkin. Hari ni aku bangun jam 5:00 pagi caya tak? hehehehe ok la kenapa seronok sngt sbb konvensyen ni menjelaskan tentang erti sebenar Wasatiyyah iaitu Kesederhanaan. Hari ni merupakan hari terakhir konvensyen ni ia telah berlangsung selama dua hari dr semalam gamaknya...tp takpa aku juga tidak ketinggalan untuk memahami konsep wasatiyyah dari pelbagai aspek yang dijelaskan. walaupun aku todak dapat mendengar semua dari pembentang, sekurang-kurangnya aku mendapatkan seorang daripada Indonesia iaitu Prof. Doktor Muslim Ibrahim . Beliau adalah Ketua Umum Majelis Permusywaratan Ulama dan Provensi Nangore Acheh Darussalam haa besar jawatan dia.. aku sempat temuramah dan berborak dengannya sebelum majlis penutup berlangsung. Beliau menerima dan menyambut baik dengan kehadiran TVAH ini alhamdulillah dia pon penonton setia TVAH walaupun baru sahaja mengikuti siaran tersebut.. Baiklah mengenai Wasatiyyah yang Beliau sampaikan mencakupi pelbagai aspek termasuk syariah,aklak,aqidah,tamdun dan sebagainya..hmm katanya Wasatiyyah melalui akhlak beliau memberi contoh Islam tidak menyuruh umatnya menjadi seperti Malaikat cukuplah sekadar mengambil contoh dansifat seperti malaikat wow!!! dan banyak lagi beliau perkatakan tadi. sebenarnya Wasatiayyah ini menjelaskan bahawa Islam adalah agama yang seimbang, beliau menambah ia juga tidak berlebih-lebihan dan juga tidak berkurang-kurangan haaa jadi pertengahan la..


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Baru menerima panggilan saudari Husna budak intern ofis aku memberi tahu tugasan esok, memandangkan esok aku dah mula bekerja setelah seminggu bercuti... oh sungguh bosan.. baiklah berbalik kepada tajuk diatas, itulah tugasan aku yang perlu aku jalankan tanggungjawab seorang wartawan sebuah televisyen. Sudah pasti ramai yang tertanya-tanya apa kebenda wasatiyaah ini.. haaa wasatiyaah ni bahasa arab tp kalo dimelayukan di alih bahasakan membawa maksud kesederhanaan. Pagi tadi baru aja layan talk show Assalamualaikum di TVAH yang mengupas topik Wasatiyyah ni so sedikit sebanyak aku tahu lah story tu dan lepas ni incik GOOGLE kan ada hehehe. Nak tahu lebih lanjut nantikan sambungan esok setelah aku selesai menjalankan tanggungjawab aku di PWTC.

oh ya sebelum terlupa esok bakal diadakan SHOWCASE AMAL SHUHADA AT TAQWA bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada jam 8:30 malam. Tujuannya adalah untuk mengumpul dana bagi Madrasah Anak-anak Yatim At Tqwa, Hulu Langat. Jadi ramai-ramailah datang memeriahkan suasana sambil menderma.

ok la berhenti di sini dulu yer nak pergi solat Isya' kejap..


GAMBAR DARI INCIK GOOGLE

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Waktu ini sedang bersiap-siap untuk pulang ke kotarayaku tempat yang paling kusut bagi aku.. mana tidaknya setibanya aku di sana sudah pasti kedengaran hon dan asap tebal mengelilingi aku ahhh kusut!!! aku lebih bahagia di kampung bersama kicauan burung, deruan air sungai dan kehidupan yang segar, bunyi lembu dan cengkerit yang menenangkan, tiada kepulan asap dan deringan hon yang menyakitkan....tapi tak apa lah demi mencari rezeki, aku sanggup pulang,pulang ke kotarayaku tercinta Kuala Lumpur... terima kasih mak dan abah serta adik-beradik aku... aku amat merindui kalian. sehingga kita berjumpa lagi.. aku pasti akan merindui gelak tawa senyum dan karenah anda di kampung ini. semoga tuhan melindungi kalian semua terutama mak dan abah. aku akan berangkat dalam lebih kurang sejam dari sekarang dan aku mahu berhenti di sini selamat tinggal Kota Bharu... =(



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Oh Aku kerinduan untuk berkata-kata
Akhirnya aku kembali kepangkuan BLOGSPOT.. Kenapa? sebab blogspot lagi better kottt theee (tutup hidung), mungkin aku dah biasa dengan blogspot ni... maaflah kawan-kawan kerana kehilangan aku untuk seketika.. macam chipsmore kejap ada kejap tada.. (erghh!! Kenapa perlu kaitkan chipsmore?) Aku cuba menjelajah ke dunia rangkaian sosial lain kerana ingin mencuba sesuatu yang baru (poyo jerrr)… tapi apakan daya, bagaikan hidup segan mati tamau je semua rangkaian sosial yang aku sign up... sekali aku sign up lupa passwrd daaa... ni link wordpress aku dulu --à http://nurzaimah.wordpress.com/
 Lama juga aku tidak ber-blog, ok saat ni aku teringin nak jadi bloger setia BLOGSPOT kembali.. dah tamau padam-padam lagi, rupa-rupanya ramai yang mencari aku..(ok!perasan jer)

 Ok lah jumpa lagi ya ^^