twitter


Alhamdulillah di beri kesempatan menjejaki ke bumi suci Makkah Al Mukarramah... May-June 2013

Bersama abah dan Dr Basit Abd Rahman a.k.a Abu Anas AlMadani

Baiklah, saya berkesempatan menziarahi Gua Hira' di Jabal Nur. Gua dimana tempat Rasulullah S.A.W menerima wahyu untuk pertama kalinya dari Allah SWT melalui Malaikat Jibrail - Rujuk Surah Al-Alaq

act masa ni tengah cari surau sebab nak solat subuh dulu sebelum mendaki...

sebelum mendaki ke Gua Hira' sempat solat subuh terlebih dahulu kat surau

                                                  Mendaki ke Gua Hira'... tinggi wooo...

nak masuk dalam tu sempit so terpaksa la menyelit nasib baik la aku ni kecik jer..

 ok dah sampai... Gua Hira' ni adalah tempat Nabi Muhammad SAW selalu menyendiri dan bermunajat kepada Allah SWT. Baginda selalu pergi ke Gua ni bagi menghindari dari masyarakat rab Jahiliyah yang pada masa tu masih belum beriman kepada Allah dan sering melakukan maksiat dan dosa-dosa besar... Haaaaa sekarang baru aku tahu betapa jauh dan beratnya perjalanan Rasulullah S.A.W mendaki gunung ini serta Isterinya Siti Khadijah yang berusaha mendaki untuk menghanar makanan dan minuman kepada suaminya.

Kemudian aku dapat lihat sendiri Jabal Tsur yang terletak di Gua Tsur - dimana tempat Rasulullah an sahabatnya Abu Bakar As Siddiq berlindung dari kaum kafir Quraisy... mereka dikejar dalam perjalanan Hijrah ke Madinah.  Waktu mereke menyorok salam gua ni, Allah telah melindungi mereka dengan sarang labah-labah dan sarang burung merpati yag ada kat pintu Gua ni. Sepanjang-panjang mereka bersembuyi... Asma iaitu anak kepada Abu Bakar bawak bekalan makanan mendaki ke gua tersebut.

Selain itu, aku jugak dapat pergi ziarah Jabar Rahmah - biasalah semua tau kan di mana tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa bertemu semula setelah mereka diturunkan ke bumi. Kat sini aku sempat gak naik atas.. pastu ramai juga orang menjual cenderahati.. waktu sampai atas tu biasa kan kita doa.. so memandangkan waktu aku pg ni aku dh bertunang so aku doa moga jodoh aku dengan tunang aku berkekalan sampai Syurga InshaAllah.. =)


dan banyak lagi persingahan ziarah aku seperti di ladang kurma

kemudian aku pg muzium dan melihat unta serta dapat minum susu unta

susu UNTA

 hmm banyak juga tempat aku ziarah.. Alhamdulillah dapat juga aku jejak kaki ke sini.. InshaAllah jika ada rezeki lagi aku nk pg ngan suami dan anak-anak.. amiinn.. =)

Sekian..