twitter


with Fatul

Assalamualaikum w.b.t

Orang lain semua sebuk pasal BERSIH 3.0 tapi aku larik pg Ipoh,Perak hihihi.. cover event #TWTUPIpoh di PORT lagi bagus
(tak gitu che kiah - sambil mengangguk)

Aku cover story untuk Program GEN21 (Remaja)

Seronok pulak aku dapat turun padang sertai Remaja, dari buat kerja-kerja bodoh, baik buat kerja yang memberi sedikit sebanyak pengetahuan (Muka bangga minta penampar *_^)

Dan hari ni juga aku dpt tau, kawan satu tempat kerja di belasah puak-puak BERSIH ( ok no comment) Takziah diucapkan pada saudara Azri..

Malas amik pot pasal BERSIH 3.0 ni sbb makin hari dunia makin kejam dibuatnya. Hanya mampu berdoa "Semoga Allah s.w.t memberi petunjuk kepada mereka semua.
petikan ni diambil dari page sahabat aku "kebenaran pasti menang dan kebatilan pasti akan tumbang meskipun pernah berdiri teguh satu ketika dahulu"

Okeh Check It Out.... *_^




Assalmualaikum w.b.t

Hari ni rasa macam mengantuk sngt...
dari pagi sampai ke malam ni asyik nak tidur je keje aku...
Ehehehe skrg aku di pejabat.. (curik2 tidur) boleh kan?? kikiki
Baru abes mesyuarat dan selesai solat... tnggu isyak jap..
Tadi aku sempat citcat ngan kakak comel aku.. kak siti..
haa untuk pengetahuan korang kak siti ni super super senior aku kt kolej..
tak pernah jumpa pon, tp bila bekerja dalam bidang mcm aku ni, mana2 pergi pon mst jmp punya.

okok Jangan crite panjang kasi org sakit kepala, aku teruskan dengan perbualan aku dengan kak siti ni.. walaupun baru kenal tp dah rupa mcm kakak kandung pulak rasanya.. kata-kata perangsang sngt memberi aku kekuatan dalam meneruskan perjalanan sebagai seorang yang lahir dalam bidang penyiaran ni.. ye la, mana tak nyer kan, kakak siti ni dah 7 tahun bertahan dlam bidang ni takkn la aku yg baru setahun jagung dah nak give up kan, kan (okok tutup mata tanda malu) =D

Kak siti ni terlalu baik dengan aku sehinggakan kami yang tidak pernah berborak dan tidak pernah mengenali antara satu sama lain sebelum ni dan sekarang dah jadi mcm kakak dan adik pulak.. Alhamdulillah, Terima kasih Allah kerana menganugerahkan aku seorang sahabat seperti kak siti ni.


ni lah kak siti yang aku maksudkan (siti rohani deejay IKIM)
COMEL kan dia (jeles aku) kikiki =p


tadi sebelum kami sttle ber -citcat kakak siti ada tinggalkan pantun untuk aku.. khas utk aku tau (muka bangga tak terkata - yela mmg la tak terkata sbb tgh menaip,menulis, nak kata apa kan)

pantun nyer mcm ni :

"Arus deras laut bentan, mati menteri ditikam paduka, kalau asal permata intan,jatuh di gelap cahaya jua"

Dan ni kata-kata terakhir dia utk aku citcat hari ni :

“ingat apapun orang buat kat kita, ingat kata-kata ni – tak luak dek puji, tak mati dek keji, kalo org tindas,aniaya,mengata kita, tak jadi kusdis pun kat kita” wahahahaha terkena? Hahaha padan muka.. okok selamat malam =)


Assalamualaikum w.b.t

(Dipetik dari tulisan yang di baca di internet)..
Bukan sekadar dipetik malah di copy and paste pulak tu :D kikiki

Selamat Membaca sahabat..

1.  Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

2.  Bacalah al-Quran, atau tatapilah buku-buku, atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tidak berfaedah.

3.  Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul; kerana Bahasa Arab yang betul (itu, adalah satu-satunya syiar Islam).

4.  Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang apa pun jua kebaikan.

5.  Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.   Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7.  Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh para pendengar kerana percakapan yang nyaring begitu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8.  Jauhilah daripada mengumpat-ngumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.

9.  Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara Ikhwan Muslimin yang saudara bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta saudara berkenalan; kerana asas gerakan Dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.  Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita; oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak mengguna masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah pelaksanaannya.