twitter




we are journalist! ehh.. aku dan abg yg pegang bag purple je journalist hehehehe

ni kat TURKI


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Waktu ini dah tiba kt Malaysia...
Sangat berpuas hati...
Misi utama mencari nasi.. kuikui (nk buat cmna..pg negara org makan roti keras)

apa pun Alhamdulillah selamat pergi selamat kembali...
8 hari merantau di negara org London+Bosnia+Turki+Dubai... Paris tak sempat derr..
takpa lps ni ada peluang lagi InsyaAllah.. =D

ok tgk gambar pulak ekkk


Pejuang Bosnia : Senad

Bekas Tentera Bosnia yang dikelar Tentera Serb suatu ketika dulu : Fakrulradzi

Antara kesan tembakan PERANG BOSNIA

Hati Rindu Srebrenica

sedap tak tajuk entri kali ni? Haaa ni la tajuk yang mula-mula sekali aku terfikir selepas aku menjejaki kaki ke Negara Bosnia… yer aku sangat rindu suasana kt bosnia ni… aku rindu penduduk di sana.. walaupun tidak mengenali sepenuhnya dan tidak memahami bahasa di sana namun hati ini tetap merindui terutama Srebrenica.. mungkin sebab aku dah kaji sejarah di sana dan mungkin juga aku sedih dengan keadaan suatu ketika dahulu sewaktu kejadian perang pun lagi membuatkan aku touching beb! Sampai kt Malaysia aku masih terfikir, tergamak tentera serb memperlakukan sebegitu rupa terhadap penduduk Bosnia ni…. Allahurabbi.. semoga Allah s.w.t shj yang dapat membalas perbuatan mereka ni.. KEJAM!!! Tentera Serbia mmg KEJAM!!!

Sewaktu kaki melangkah ke Bandar Sarajevo terasa bagaikan mimpi aku di sini (sungguh tak percaya) dapat gak jejak kaki ke sini... Rezeki aku (Alhamdulillah)

walaupun sukar untuk memahami bahasa di sana tp aku tak putus asa untuk bersembang juga dengan penduduk di sana.. diorg baik.. pastu melihat ke dalam mata kanak-kanak bosnia tersentuh hati aku untuk bawa dia pulang ke malaysia.. ayat dia yg terakhir utk aku "sister i... home.." dia nak maksudkan yang dia nak balik.. aku sebak sewaktu tu.. memeluk erat kanak-kanak berkenaan (Ya Allh kau berikan kanak-kanak ini kekuatan utnuk meneruskan kehidupan) sherlina tak silap namanya... kanak-kanak ini menziarahi keluarga yang terbunuh dalam peperangan (1992-1995) aku tak dpt maklumat jelas tentang dia disebabkan dia tak fhm sngt bhs aku (english) tp tak mengapa hanya matanya shj yang mampu berbicara...

ini lah yang aku katakan Hati Rindu Srebrenica....

Selain tu aku sedih jugak dengan penduduk di Bosnia ni terutamanya di Srebrenica, sebab majoriti yang agama Islam susah untuk aku cam dan kenal kerana kebanyakkan mereka yang Islam still minum Arak Allahurabbi.. sebab apa aku cakap macam tu sebab aku ditempatkan semalaman di rumah penduduk Bosnia di Srebrenica aku dapati bau semacam je malam tu.. rupa-rupanya arak.. tu pun sebab jurukamera aku yang bg tau.. klo tak aku tak tahu pun bau arak mcm mana.. busuk, sngt busuk baunya... Allahuakbar.. malam tu nyenyak tak lah kan tp tidur-tidur ayam je la... disebabkan juga bilik yang aku tidur tidak berkunci dan dipenuhi lalat...(Tuhan shj yang tahu sewaktu itu) tp Alhamdulillah aku ok di situ... apa pun Terima Kasih kerana memberi penginapan di sana (menumpang)

Kemudian aku nk bg tau pertama kali terlihat Tanah perkuburan POTOCARI... haaa sejarah betul tempat ni... kat sini jugak lah tempat kejadian pembunuhan kejam.. Subhanallah tempatnya sngt indah dan tidak terfikir akan aku dengan keadaan sebelum ini... lihat depan ada sebuah gudang (tempat wanita-wanita diperkosa,bayi dibunuh dengan kejam dan semua penduduk disiksa sebelum dibunuh) Allahurabbi...

ni antara nama-nama yang terlibat dalam perang bosnia

ni la Tanah Perkuburan POTOCARI Srebrenica


ok la di sini shj coretan aku... rasa-rasa cam nak terbitkan Novel Hati Rindu Srebrenica je =)

Semoga penduduk di sana di beri Hidayah dan petunjuk Allah..


Assalamualaikum w.b.t
Kepada sahabat saya yang baik hati jangan keliru dengan entri saya.. Senyum dh tentu la tanpa kata-kata mcm lagu tu senyum tak perlu kata apa-apa... Heee sorry merapu jap..
Act sangat gembira (sambil beratur beli burger) masa utk aku packing barang..
Hahh!! Nak kemana? Ok saya akan berangkat meninggalkan malaysia selama seminggu lebih kurang la.. Hurmm boleh tak sahabat bayangkan dalam masa seminggu 5 negara sahabat jelajah? Sure tak tergambar kan? Haaa ni lah yg saya cakap senyum tak terkata.. Senyum? Senyum? Nak kata apa lg? Ok esok aku dh nk fly ke 5 buah negara yang tak pernah aku jejak... London-Paris-Bosnia-Turki-Dubai. Tak terlintas pun dalam kepala saya untuk ke semua negara ni.. Alhamdulillah rezeki.. Dalam borang tulis London n Bosnia jer.. Pg meeting lain pulak di beritahu... Heee ok cun.. Aku tak sabar dh ni... Smg aku sukses bawa balik story documentary lah hendaknya.. Ok chow burger dh siap... :D nnt klo free insyaAllah saya update belog ni..


Assalamualaikum w.b.t

Maaf ler lama tak update...
tapi buat sementara ni story belog ni tak ley update panjang2 sbb kena buat skrip program...
huhhh! kerja.. anyway jangan lupa saksikan Majalah Islam setiap Jumaat jam 8:30 malam hanya di tv alhijrah (114 saluran astro)


by da way ni anak buah aku... wahh untung lerrr kakak aku dah ada anak... =)



haa satu lagi 1 Julai 2012 aku pergi majlis sanding Irma Hasmie kt UPM.. wah kak irma akhirnya menjadi isteri orang daaa... sedih tgk... tp alhamdulillah Jodoh dari Allah buat kakak ku tersayang.. smg sentiasa di lindungiNya dan menjadi Isteri solehah.. hmm Abg Redza handsme... opsss!! theeee... =p
ni je la mampu ku upload... gambarnya banyak tp tak nyempat nk upload buat seketika ni.. ok la chow chin chow....



k la nk sambung buat skrip.. bnyk nak story sebenarnya...


with Fatul

Assalamualaikum w.b.t

Orang lain semua sebuk pasal BERSIH 3.0 tapi aku larik pg Ipoh,Perak hihihi.. cover event #TWTUPIpoh di PORT lagi bagus
(tak gitu che kiah - sambil mengangguk)

Aku cover story untuk Program GEN21 (Remaja)

Seronok pulak aku dapat turun padang sertai Remaja, dari buat kerja-kerja bodoh, baik buat kerja yang memberi sedikit sebanyak pengetahuan (Muka bangga minta penampar *_^)

Dan hari ni juga aku dpt tau, kawan satu tempat kerja di belasah puak-puak BERSIH ( ok no comment) Takziah diucapkan pada saudara Azri..

Malas amik pot pasal BERSIH 3.0 ni sbb makin hari dunia makin kejam dibuatnya. Hanya mampu berdoa "Semoga Allah s.w.t memberi petunjuk kepada mereka semua.
petikan ni diambil dari page sahabat aku "kebenaran pasti menang dan kebatilan pasti akan tumbang meskipun pernah berdiri teguh satu ketika dahulu"

Okeh Check It Out.... *_^




Assalmualaikum w.b.t

Hari ni rasa macam mengantuk sngt...
dari pagi sampai ke malam ni asyik nak tidur je keje aku...
Ehehehe skrg aku di pejabat.. (curik2 tidur) boleh kan?? kikiki
Baru abes mesyuarat dan selesai solat... tnggu isyak jap..
Tadi aku sempat citcat ngan kakak comel aku.. kak siti..
haa untuk pengetahuan korang kak siti ni super super senior aku kt kolej..
tak pernah jumpa pon, tp bila bekerja dalam bidang mcm aku ni, mana2 pergi pon mst jmp punya.

okok Jangan crite panjang kasi org sakit kepala, aku teruskan dengan perbualan aku dengan kak siti ni.. walaupun baru kenal tp dah rupa mcm kakak kandung pulak rasanya.. kata-kata perangsang sngt memberi aku kekuatan dalam meneruskan perjalanan sebagai seorang yang lahir dalam bidang penyiaran ni.. ye la, mana tak nyer kan, kakak siti ni dah 7 tahun bertahan dlam bidang ni takkn la aku yg baru setahun jagung dah nak give up kan, kan (okok tutup mata tanda malu) =D

Kak siti ni terlalu baik dengan aku sehinggakan kami yang tidak pernah berborak dan tidak pernah mengenali antara satu sama lain sebelum ni dan sekarang dah jadi mcm kakak dan adik pulak.. Alhamdulillah, Terima kasih Allah kerana menganugerahkan aku seorang sahabat seperti kak siti ni.


ni lah kak siti yang aku maksudkan (siti rohani deejay IKIM)
COMEL kan dia (jeles aku) kikiki =p


tadi sebelum kami sttle ber -citcat kakak siti ada tinggalkan pantun untuk aku.. khas utk aku tau (muka bangga tak terkata - yela mmg la tak terkata sbb tgh menaip,menulis, nak kata apa kan)

pantun nyer mcm ni :

"Arus deras laut bentan, mati menteri ditikam paduka, kalau asal permata intan,jatuh di gelap cahaya jua"

Dan ni kata-kata terakhir dia utk aku citcat hari ni :

“ingat apapun orang buat kat kita, ingat kata-kata ni – tak luak dek puji, tak mati dek keji, kalo org tindas,aniaya,mengata kita, tak jadi kusdis pun kat kita” wahahahaha terkena? Hahaha padan muka.. okok selamat malam =)


Assalamualaikum w.b.t

(Dipetik dari tulisan yang di baca di internet)..
Bukan sekadar dipetik malah di copy and paste pulak tu :D kikiki

Selamat Membaca sahabat..

1.  Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

2.  Bacalah al-Quran, atau tatapilah buku-buku, atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tidak berfaedah.

3.  Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul; kerana Bahasa Arab yang betul (itu, adalah satu-satunya syiar Islam).

4.  Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang apa pun jua kebaikan.

5.  Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.   Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7.  Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh para pendengar kerana percakapan yang nyaring begitu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8.  Jauhilah daripada mengumpat-ngumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.

9.  Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara Ikhwan Muslimin yang saudara bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta saudara berkenalan; kerana asas gerakan Dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.  Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita; oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak mengguna masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah pelaksanaannya.