twitter




Mengakhiri setiap laporan berita dengan "Haliza Hashim, untuk TV3,London" membuatkan aku tertanya-tanya kenapa asyik dia, dia, dia je pergi London... (takda unsur cemburu di sini) theeeee ðŸ˜‚😂😂 Kebiasaanya, editor/producer akan hantar BJ secara bergilir-gilir. Rupa-rupanya memang Kak Haliza ni menetap di sana.

Kisahnya, kak haliza ni bekerja dengan TV3 beberapa tahun, kemudian dia mengambil keputusan untuk berhijrah ke England dan menyatakan hasrat untuk menjadi koresponden di England dan rezeki Kak Haliza, majikannya bersetuju dengan keputusan itu...

Hari ini, pengalaman yang diperoleh membolehkan kak Haliza merakam visual, menulis dan menyunting berita sendiri di sana.. (respect sangat dengan kak Haliza)

oh ya, kebanyakan liputan yang dibuat oleh kak Haliza ni hal-hal berkaitan Malaysia contonya lawatan rasmi kerajaan Malaysia, persidangan yang diwakili negara, isu semasa melibatkan Malaysia dan keputusan pilihan raya yang diperoleh melalui undi pos di England.

Ini antara laporan yang kak Haliza buat :
MH17,
kes pukul anak di Sweden,
Paris Attack
Terbaru kes Muhamad Aaron meninggal dunia dilanggar kereta api bawah tanah (TUBE) di Stesen Marble Arch.

Kak Haliza ni tak lokek kongsi pengalaman, dan melihat standupper yang dibuat membuatkan aku rindu nak buat berita lagi...



Ikhlas,
Zaimah Ali
Untuk TVAlHijrah di Turki ecewahhhhhh



0 comments:

Post a Comment