twitter




we are journalist! ehh.. aku dan abg yg pegang bag purple je journalist hehehehe

ni kat TURKI


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Waktu ini dah tiba kt Malaysia...
Sangat berpuas hati...
Misi utama mencari nasi.. kuikui (nk buat cmna..pg negara org makan roti keras)

apa pun Alhamdulillah selamat pergi selamat kembali...
8 hari merantau di negara org London+Bosnia+Turki+Dubai... Paris tak sempat derr..
takpa lps ni ada peluang lagi InsyaAllah.. =D

ok tgk gambar pulak ekkk


Pejuang Bosnia : Senad

Bekas Tentera Bosnia yang dikelar Tentera Serb suatu ketika dulu : Fakrulradzi

Antara kesan tembakan PERANG BOSNIA

Hati Rindu Srebrenica

sedap tak tajuk entri kali ni? Haaa ni la tajuk yang mula-mula sekali aku terfikir selepas aku menjejaki kaki ke Negara Bosnia… yer aku sangat rindu suasana kt bosnia ni… aku rindu penduduk di sana.. walaupun tidak mengenali sepenuhnya dan tidak memahami bahasa di sana namun hati ini tetap merindui terutama Srebrenica.. mungkin sebab aku dah kaji sejarah di sana dan mungkin juga aku sedih dengan keadaan suatu ketika dahulu sewaktu kejadian perang pun lagi membuatkan aku touching beb! Sampai kt Malaysia aku masih terfikir, tergamak tentera serb memperlakukan sebegitu rupa terhadap penduduk Bosnia ni…. Allahurabbi.. semoga Allah s.w.t shj yang dapat membalas perbuatan mereka ni.. KEJAM!!! Tentera Serbia mmg KEJAM!!!

Sewaktu kaki melangkah ke Bandar Sarajevo terasa bagaikan mimpi aku di sini (sungguh tak percaya) dapat gak jejak kaki ke sini... Rezeki aku (Alhamdulillah)

walaupun sukar untuk memahami bahasa di sana tp aku tak putus asa untuk bersembang juga dengan penduduk di sana.. diorg baik.. pastu melihat ke dalam mata kanak-kanak bosnia tersentuh hati aku untuk bawa dia pulang ke malaysia.. ayat dia yg terakhir utk aku "sister i... home.." dia nak maksudkan yang dia nak balik.. aku sebak sewaktu tu.. memeluk erat kanak-kanak berkenaan (Ya Allh kau berikan kanak-kanak ini kekuatan utnuk meneruskan kehidupan) sherlina tak silap namanya... kanak-kanak ini menziarahi keluarga yang terbunuh dalam peperangan (1992-1995) aku tak dpt maklumat jelas tentang dia disebabkan dia tak fhm sngt bhs aku (english) tp tak mengapa hanya matanya shj yang mampu berbicara...

ini lah yang aku katakan Hati Rindu Srebrenica....

Selain tu aku sedih jugak dengan penduduk di Bosnia ni terutamanya di Srebrenica, sebab majoriti yang agama Islam susah untuk aku cam dan kenal kerana kebanyakkan mereka yang Islam still minum Arak Allahurabbi.. sebab apa aku cakap macam tu sebab aku ditempatkan semalaman di rumah penduduk Bosnia di Srebrenica aku dapati bau semacam je malam tu.. rupa-rupanya arak.. tu pun sebab jurukamera aku yang bg tau.. klo tak aku tak tahu pun bau arak mcm mana.. busuk, sngt busuk baunya... Allahuakbar.. malam tu nyenyak tak lah kan tp tidur-tidur ayam je la... disebabkan juga bilik yang aku tidur tidak berkunci dan dipenuhi lalat...(Tuhan shj yang tahu sewaktu itu) tp Alhamdulillah aku ok di situ... apa pun Terima Kasih kerana memberi penginapan di sana (menumpang)

Kemudian aku nk bg tau pertama kali terlihat Tanah perkuburan POTOCARI... haaa sejarah betul tempat ni... kat sini jugak lah tempat kejadian pembunuhan kejam.. Subhanallah tempatnya sngt indah dan tidak terfikir akan aku dengan keadaan sebelum ini... lihat depan ada sebuah gudang (tempat wanita-wanita diperkosa,bayi dibunuh dengan kejam dan semua penduduk disiksa sebelum dibunuh) Allahurabbi...

ni antara nama-nama yang terlibat dalam perang bosnia

ni la Tanah Perkuburan POTOCARI Srebrenica


ok la di sini shj coretan aku... rasa-rasa cam nak terbitkan Novel Hati Rindu Srebrenica je =)

Semoga penduduk di sana di beri Hidayah dan petunjuk Allah..

0 comments:

Post a Comment