twitter


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

sebelum tu nak betulkan kesilapan maaf ya... RALAT post semalam, sebenarnya Konvensyen Wasatiyyah ni bukan di PWTC... ia diadakan di Hotel Pullman Lakeside Putrajaya anjuran Universiti Sains Islam Malaysia USIM dan Nadi Dialog Malaysia NADI.. errr main taram je aku taip semalam... eh!! jap ke aku yg kurang pendengaran masa budak intern tu bg tau tugasan semalam hmmmm???? apa-apa je la yang penting hari ini selamat menjalankan tanggungjawab aku... tepat jam 3:30 ptg semua story aku siap diketu ketampi ehh eheheh siap di edit... seronok sngt konvensyen hari ini walaupun ia diadakan seawal yang mungkin. Hari ni aku bangun jam 5:00 pagi caya tak? hehehehe ok la kenapa seronok sngt sbb konvensyen ni menjelaskan tentang erti sebenar Wasatiyyah iaitu Kesederhanaan. Hari ni merupakan hari terakhir konvensyen ni ia telah berlangsung selama dua hari dr semalam gamaknya...tp takpa aku juga tidak ketinggalan untuk memahami konsep wasatiyyah dari pelbagai aspek yang dijelaskan. walaupun aku todak dapat mendengar semua dari pembentang, sekurang-kurangnya aku mendapatkan seorang daripada Indonesia iaitu Prof. Doktor Muslim Ibrahim . Beliau adalah Ketua Umum Majelis Permusywaratan Ulama dan Provensi Nangore Acheh Darussalam haa besar jawatan dia.. aku sempat temuramah dan berborak dengannya sebelum majlis penutup berlangsung. Beliau menerima dan menyambut baik dengan kehadiran TVAH ini alhamdulillah dia pon penonton setia TVAH walaupun baru sahaja mengikuti siaran tersebut.. Baiklah mengenai Wasatiyyah yang Beliau sampaikan mencakupi pelbagai aspek termasuk syariah,aklak,aqidah,tamdun dan sebagainya..hmm katanya Wasatiyyah melalui akhlak beliau memberi contoh Islam tidak menyuruh umatnya menjadi seperti Malaikat cukuplah sekadar mengambil contoh dansifat seperti malaikat wow!!! dan banyak lagi beliau perkatakan tadi. sebenarnya Wasatiayyah ini menjelaskan bahawa Islam adalah agama yang seimbang, beliau menambah ia juga tidak berlebih-lebihan dan juga tidak berkurang-kurangan haaa jadi pertengahan la..

0 comments:

Post a Comment